Thursday, July 31, 2008

Idea cari duit sampingan: Jual Top Up Prepaid


Idea perniagaan kita untuk kali ini ialah dengan menjual kad topup. Lokasi yang sesuai ialah kolej kediaman anda. Student terutamanya yang tinggal di kolej mesti susah nak cari topup terutamanya kalau tiba2 kredit habis tengah2 malam. Di kolej saya sendiri banyak menjalankan perniagaan sampingan mcm ni. Permintaan pun banyak. Maklumla.. bagi student mcm kita ni kan handset tu penting.

Ada tak di antara anda yang sudah menjalankan perniagaan ni atau anda
apa-apa info spt cara nak jual atau untung yang boleh kita dpt kalau jalankan perniagaan
ni. Anda boleh berikan sebarang komen anda di sini.

Hello semua!! Salam perkenalan!!


Hello semua!! Selamat datang ke blog saya "Cari Duit Poket Semasa Belajar di IPT". Bayangkan kalau semasa anda graduate nanti dah pakai kereta sendiri dan cukup duit kat dalam bank untuk sambung belajar tanpa mengharapkan lagi wang pinjaman. So, kat dalam blog ini kita semua akan membincangkan bagaimana nak cari pendapatan sampingan di samping solvekan masalah kewangan kita yang masih kita hadapi. Walaupun saya tahu anda semua dah diberi bantuan pinjaman PTPTN, biasiswa dan juga wang daripada ibu bapa tapi anda masih rasa ianya tidak mencukupi bukan? Saya tak menjajikan anda kekayaan tapi sekurang-kurangnya anda memperolehi pendapatan secara sampingan.Kalau ada antara anda yang ada sebarang idea, sudi-sudilah berkongsi dengan blog ini.Email-kan cadangan dan pendapat anda kepada saya di iz_siswa@yahoo.com